23 November 2022

"DIA MASIH JALANKAN TANGGUJAWAB BERI NAFKAH" - PUTERI SARAH GEMBIRA SYAMSUL SENTIASA LUANGKAN MASA DENGAN ANAK-ANAK



Meskipun berdepan masalah rumah tangga, pelakon Puteri Sarah Liyana bagaimanpun berkata, suaminya iaitu pelakon dan pengarah Syamsul Yusof tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak-anak mereka.


Sibuk dengan menguruskan kerjanya, Puteri Sarah berkata, dia gembira apabila suaminya yang juga pengarah itu sentiasa meluangkan masa bersama dua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

"Dia masih berjumpa anak-anak, menelefon dan membuat panggilan video bersama mereka. Dan dia masih lagi menjalankan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah. Dan saya pula macam biasa, sibuk dengan kerja saya.

"Bila saya tiada dengan anak-anak, diambil giliran untuk bersama mereka. Jadi saya gembira apabila dia meluangkan masa dengan anak-anak," jelas Puteri Sarah yang sehingga kini masih enggan mengulas mengenai hubungannya dengan suami.

Klik untuk gambar besar



Masih mempunyai hubungan baik dengan keluarga mentua, Puteri Sarah memberitahu, dia akan membawa anak-anak ke rumah pengarah Datuk Yusof Haslam setiap hujung minggu. Malah, Puteri Sarah juga mendedahkan Syamsul akan berjumpa dengan anak-anak mereka ketika dia berada di rumah ibu bapanya.

"Dan setiap minggu saya pergi ke rumah Datuk Yusof dan Datin Patimah, sebab hubungan saya dengan mereka kekal bail dan mereka pun rindu pada cucu-cucunya. Jadi bila saya ke sana, dia (Syamsul) akan berjumpa dengan anak-anak," katanya.

Untuk makluman, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: