"Sebagai isteri tempatnya di sisi suami, jadi saya kena ikut suami ke Pulau Tioman. Lagipun buat masa sekarang saya memang tidak bekerja dan boleh menikmati keindahan pantai setiap hari.
"Sebenarnya Pulau Tioman memang lokasi kegemaran saya dan tak sangka pula bertemu jodoh dengan orang sana," ujar anak sulung kepada pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah iaitu penyanyi Tallisya yang memaklumkan dia akan berpindah ke kampung halaman suaminya, Mohd Zulhisyam di Pulau Tioman, Pahang, selepas selamat mendirikan rumah tangga pada 11 November lalu.
Dalam pada itu, Tallisya atau nama sebenarnya Allisya Tahir, 24, berkata, dia tiada masalah untuk menjalani kehidupan di kampung apatah lagi Pulau Tioman adalah destinasi kegemarannya sejak dahulu.
Klik untuk gambar besar
Tambah Tallisya, sekiranya dia mempunyai sebarang tawaran di Kuala Lumpur, ia bukan masalah untuk berulang-alik memandangkan Pulau Tioman turut mempunyai akses kapal terbang yang tidak mengambil masa lama.
Sementara itu, ditanya pula mengenai soal cahaya mata, Tallisya memberitahu, dia dan suami menyerahkan perkara itu pada rezeki dan menerima jika diberi zuriat awal.
"Setakat ini perancangan untuk anak itu belum ada lagi tapi kalau ada rezeki lebih awal kami terima," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment