28 November 2022

BUKA MATA SEKALI SEKALA SEBELUM TIDUR SEMULA - KEADAAN NAD ZAINAL KINI SEMAKIN BAIK



"Alhamdullilah. Alhamdullilah. Alhamdullilah. Segala puji bagi Allah atas ehsan dan rahmatNya keadaan Nanad (Nad Zainal) semakin baik berbanding semalam. Kadar kebergantungan dia pada mesin oksigen semakin berkurangan.


"Luka-luka di paru-parunya semakin heal. Paru paru dah mula berfungsi dengan lebih bagus. Cuma doktor tak mahu memaksa sangat. Sekali sekala ada juga Nanad membuka matanya dan tidur semula.

"Anyway sebahagian ubat-ubatan juga ada yg telah mula dikurangkan dosagenya dan ada juga diberhentikan bila melihat keadaan Nad yg semakin stabil. Syukur tak terhingga.

"Terima kasih Allah yang telah mengabulkan doa kita semua. Abam (Shahrulezad) harap kita akan terus berdoa. Selain dari untuk Nanad sendiri, kita jugak perlu doakan untuk mereka yang lain yang memerlukannya.

Klik untuk gambar besar



"Abam mewakili keluarga dan sahabat Nanad dengan rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas doa doa tulus kalian. Hanya Allah saja yg mampu membalas doa ikhlas kalian. Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga.

"InsyaAllah besok petang (hari ini) kami akan mengadakan majlis doa selamat dan solat hajat utk Nanad. SEMOGA USAHA KITA DAN SEGALA AMALAN KITA SEMUA DIBERKATI," demikianlah tulis pengarah drama terkenal, Shahrulezad yang berkongsikan perkembangan dan keadaan terkini pelakon Nad Zainal di laman Instagram miliknya.

Sejak Nad Zainal dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru, ramai rakan artis berkongsikan keadaan pelakon itu serta mendoakannya agar diberi kesembuhan.



Dalam hantaran itu, Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat berkata, keadaan Nad kini semakin baik berbanding semalam serta luka pada paru-parunya juga semakin sembuh.

Kongsi Shahrulezad lagi, Nad ada membuka matanya sekali sekala sebelum tidur semula. Ujarnya lagi, dos ubat-ubatan juga telah dikurangkan selepas keadaan Nad semakin stabil.

Dalam pada itu, Shahrulezad turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang tidak berhenti mendoakan kesembuhan buat Nad Zainal.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: