14 November 2022

BUSANA SYAFINAZ PADA MINGGU SUKU AKHIR GV9 TERIMA TEGURAN



Konsert suku akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) telah berlangsung malam tadi dengan menyaksikan perjalanan penyanyi Asheed Def Gab C terhenti apabila diumum sebagai peserta yang tersingkir.


Dalam konsert tersebut, penampilan juri tetap GV9 iaitu Datuk Shafinaz Selamat telah menarik perhatian ramai apabila tampil memakai busana hitam dengan material kain net seolah menampakkan bahagian dada dan lengannya berserta korset.

Rata-rata pengguna laman sosial meluahkan rasa kurang senang dengan penampilannya malam itu dan berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton oleh seluruh lapisan umum.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ada juga pengguna laman sosial mengatakan mereka malu melihat pakaian Syafinaz serta mendakwa baju yang dipakainya itu seolah meminta untuk dikecam. Malah, ada diantara mereka bertanyakan adakah tiada siapa yang menegur busana Syafinaz itu yang dilihat agak seksi.

"Baju Syafinaz malam ini sangat tidak sesuai." - "Tiada sesiapa ke nak tegur baju Syafinaz agak seksi untuk konsert GV9 pada malam ini?" tulis beberapa pengguna laman sosial.

Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: