14 November 2022

BAKAL BERKAHWIN DENGAN CHE HAFIZ - JULIA FARHANA KECEWA DIFITNAH, BUAT LAPORAN POLIS



Pelakon Julia Farhana tampil berkongsi perkara serupa dimana menjadi mangsa fitnah selepas bekas suami Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum mendakwa hal yang sama. Julia dalam masa sama turut mendedahkan dia adalah tunang kepada Dr Che Hafiz.


Julia atau nama penuhnya Julia Farhana Marin, 28, berkata, ekoran berdepan fitnah Lufya dia terpaksa membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya.

"Kenapa bila dah dekat tarikh perkahwinan baru terjadi semua ini? Saya buat laporan polis kerana sahabat dan rakan kongsi perniagaan saya diganggu dengan gambar-gambar saya di tempat awam berserta pelbagai fitnah.

"Fitnah besar (berbukti) bahawa saya melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Itu tujuan laporan polis dibuat," kata Julia yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya berserta salinan laporan polis bertarikh 7 November 2022 dan paparan tangkap layar perbualannya bersama seseorang dipercayai Lufya.

Julia sebelum ini ada berkongsi kronologi panjang mengenai apa yang berlaku dan juga memuat naik tangkap layar mesej yang dihantarnya kepada individu itu, namun, menerima reaksi yang dilihat kurang matang.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Julia turut berkongsi kekecewaannya dengan situasi yang berlaku dan ingin menjelaskan segala persoalan serta fitnah yang timbul membabitkan namanya.

"Saya sangat kecewa dengan khabar angin yang bertebaran sebab saya adalah seorang yang menjaga privasi serta kehidupan peribadi saya. Namun, sejak muncul pelbagai versi cerita, saya perlu bersuara untuk mempertahankan hak saya," tuturnya.

Jelas Julia, dia pernah cuba berbincang dengan Ludya namun tindakan itu tidak berakhir dengan baik malah difitnah dengan tuduhan tidak berasas.

Tambahnya, meskipun Dr Che Hafiz menasihatinya agar tidak berhubung dengan Lufya namun dia tetap berdegil kerana menghormati pelakon itu sebagai ibu kepada anak bakal suaminya.



"Berkali-kali bakal suami nasihatkan supaya jangan berhubung dengannya. Saya degil. Saya respon sebab apa? Sebab nak hormati dia dan buka peluang untuknya berbincang dengan saya sekiranya diperlukan.

"Saya tiada masalah kalau nak berbincang, bagaimanapun saya dihina. tunang saya terima fitnah dan hinaan tentang saya. Namun saya masih kata tidak mengapa. Mungkin dia salah faham. Sekarang, secara umum?," jelasnya.

Berkongsi kekecewaan tersebut, Julia berkata, dia enggan masuk campur dalam kemelut melibatkan Dr Che Hafiz dan Lufya namun keadaan menjadi keruh apabila namanya turut dikaitkan sama.

"Saya tak ada niat untuk terbabit dalam masalah ini. Saya terima masa lalu bakal suami saya. Niat saya mudah, saya nak berbaik tetapi dibalas sebegini. Saya adalah orang yang waras dan saya nak kembali kepada kehidupan peribadi saya," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: