26 November 2022

DAKWAAN BUAH PINGGANG NAD ZAINAL MEROSOT AKIBAT UBAT KURUS ADALAH TIDAK BENAR - VITAL ORGAN TIDAK TERJEJAS



"Assalamualaikum semua. Sedikit update perihal Nad Zainal untuk hari ini. Alhamdullilah keadaan Nanad hari ni lebih baik dari semalam. Tapi doktor still mahu Nanad di intubate lagi selagi paru parunya belum betul2 kuat. Alhamdulliah. Kadar kebergantungan Nanad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan. Bila keadaan sesuai barulah doktor akan extubate. Abam rasa tak lama lagi kot. InsyaAllah.


"And one more thing apa yg buat abam sangat lega ialah vital organ Nanad juga dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang beliau. So rumours mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara gara ubat kurus lah apa lah adalah tidak benar sama sekali. Problem Nanad sekarang ialah paru paru dia yg masih dalam proses penyembuhan.

"Apa yg Nanad perlukan sekarang ialah kekuatan dalaman dia untuk terus berjuang untuk kembali sihat. Selain dari itu Nanad juga perlukan doa dari korang semua. Abam percaya Nanad akan kembali sihat semula seperti biasa tidak lama lagi. Apa yg dipohon sekarang ialah doa yg berterusan. Last but not least. Terima kasih buat semua warga hospital KPJ terutamanya barisan doktor dan jururawat yg tidak jemu menjaga Nanad untuk semua.

Klik untuk gambar besar



"Oh yer terima kasih jugak untuk @ungkuismailaziz yg selalu update status Nanad pada kami wassap group 'Cina Buta'. Thanx east! Korang semua kena jaga diri okie. Doakan yg baik baik saja untuk semua," tulis pengarah drama, Shahrulezad menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, dimana dia menyangkal khabar angin mendakwa buah pinggang pelakon Nad Zainal yang dilaporkan merosot adalah disebabkan pengambilan ubat kurus.

Menerusi status tersebut, Shahrulezad yang berkongsi keadaan Nad selepas menerima perkembangan terkini daripada pelakon Ungku Ismail berkata, pengambilan ubat kurus tiada kena mengena dengan keadaan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, malah vital organ terutamanya buah pinggang pelakon itu dalam keadaan baik.



Dalam pada itu, Shahrulezad memaklumkan keadaan Nad semakin baik meskipun paru-parunya masih belum pulih sepenuhnya. Disebabkan itu, Nad akan terus menggunakan intubate sementara paru-parunya menjadi lebih kuat dan stabil.

Akhir kata, Shahrulezad memohon agar peminat terus mendoakan kesihatan Nad yang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dipercayai mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: