03 November 2022

DIAM-DIAM TUNAI UMRAH - LISA SURIHANI, YUSRY DIPUJI



Semua sedia maklum mengenai pasangan selebriti popular Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim ketika ini sedang menunaikan ibadah umrah.


Berita mengenai keberangkatan pasangan itu dikongsikan akaun Instagram agensi pelancongan, Irkaz Travel & Tour yang menjadi pengiring mereka sepanjang menunaikan ibadah umrah.

Perkongsian gambar-gambar Lisa dan Yusry tunai umrah menjadi tular di media sosial. Selain itu, pengguna di TikTok juga turut memuat naik beberapa foto pasangan itu sepanjang mereka berada di kota Madinah.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kagum terhadap pasangan itu yang sentiasa bersederhana.

Dalam pada itu, ramai mendoakan urusan ibadah umrah pasangan itu dipermudahkan serta mendapat umrah yang mabrur.

Klik untuk gambar besar












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: