03 November 2022

TAMPIL HANYA BERTOPI TANPA TUDUNG - ERIN MALEK KENA KRITIK



Pelakon Erin Malek baru-baru ini menerusi laman sosial ada memuat naik gambarnya bercuti bersama keluarganya di Singapura. Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan, pelakon 'Tentang Bulan' itu dilihat hanya memakai topi namun tidak bertudung.


Perkongsiannya itu telah menjadi perhatian ramai dan gambar tersebut turut tular di media sosial. Gambar-gambar berkenaaan itu ternyata mengundang kecaman pengguna laman sosial yang mendakwa pelakon itu seakan mempersendakan agama.

Menerusi komen di Facebook, ada yang mendakwa pelakon itu membuka tudung jika ke luar negara. Malah, ada pengguna laman sosial mendakwa pelakon itu sememangnya on off memakai tudung apabila dilihat memakai topi apabila bercuti dan bersukan.

Klik untuk gambar besar



Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen sindiran bertanyakan adakah tudungnya hilang ketika menaiki kapal terbang ke sana. Lebih pedas, ada yang mengutuk pelakon itu kelihatan hodoh apabila tidak memakai tudung.

Bukan kali pertama perkara ini hangat diperkatakan, pada September lalu, Erin ada memuat naik gambar tidak memakai tudung dan dilihat hanya menyarung topi ketika bercuti ke Korea.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: