03 November 2022

CHE TA: "KAMI TAK PERNAH MINUM JUS BERUK NI PUN UNTUK KURUS !!!!!"



Menerusi muat naik laman Instagram, pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan meluahkan rasa berang apabila wajah dan namanya digunakan untuk tujuan mempromosi produk kurus dan menipu pelanggan.


"S*****N MANA YANG MENIPU SANGAT NI ??????! MINTAK PERHATIAN !!!!! KAMI (SAYA) TAK PERNAH MINUM JUS BERUK NI PUN UNTUK KURUS !!!!! JUS KORANG TAK LAKU, SAMPAI TERPAKSA MENIPU, NAK SENTIL GAMBAQ (GAMBAR) AKU !!!!," demikianlah tulis Che Ta.

Rozita atau mesra disapa Che Ta ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak dan syarikat berkenaan.

"Apa yang mereka lakukan ini sangat melampau. Saya tidak pernah ditemubual untuk bercakap mengenai produk kurus tetapi video itu diambil ketika saya bercerita mengenai produk saya sendiri tetapi disunting pihak lain bagi mempromosikan produk mereka.

"Saya akan memberi tempoh beberapa hari ini untuk pihak itu menurunkan gambar dan nama saya. Sekiranya gagal saya akan ambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis. Kalau bagi muka mereka akan naik lemak untuk menipu lebih ramai pembeli," katanya

Klik untuk gambar besar



Menurut Che Ta lagi, promosi yang dibuat produk terbabit dilihat berjaya mempengaruhi beberapa kenalannya termasuk peminat yang menghantar mesej peribadi di Instagram.

"Sebelum ini ada kenalan yang sudah membeli produk terbabit. Kemudian dia memaklumkan kepada saya sedangkan saya tidak pernah mewakili produk itu.

"Pihak mereka juga sudah menggunakan gambar dan nama saya hampir lima bulan sehingga ramai yang menghantar mesej untuk meminta kesahihan mengenai produk itu.

"Saya sangat kesal perkara ini masih berlaku. Tak sangka mereka cari makan dengan cara keji seperti ini," ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: