04 November 2022

DIDAKWA 'GILA TALAK' - INI JELAS PU ABU ISU PERGI KE HOTEL



"Kat hotel tu ada sepupu saya, sepupu saya pun pergi dengan RS Mega Travel. Saya bawak sepupu saya dan beberapa orang rakannya pergi makan," itulah kata Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang menjelaskan mengenai dakwaan berada di bawah hotel bekas isterinya iaitu Hana Azraa.


Menerusi kenyataan itu, PU Abu berkata, dia ke hotel tersebut bukan untuk berjumpa bekas isterinya, sebaliknya bertemu sepupunya dan beberapa orang rakannya.

Dalam pada itu, PU Abu mengakui ada hantar mesej kepada ibu Hana atas urusan Mateen iaitu anaknya bersama wanita terbabit seminggu lalu. Jelasnya, dia tidak mencari Hana, tetapi hanya ingin mengetahui tentang perkembangan anak mereka sahaja.

Sementara itu, PU Abu turut memohon maaf andai ada yang terasa dengan perkongsiannya sebelum ini. Ujarnya, niatnya hanya untuk memuji isterinya kerana menghargai wanita itu.

Sebelum ini, bekas isteri PU Abu menerusi laman Istagram telah membuat pendedahan dimana dia masih diganggu bekas suaminya itu. Perkongsian Hana itu mendapat perhatian sehingga ia hangat diperkatakan.

Klik untuk gambar besar



Menerusi pendedahan tersebut, Hana turut memuat naik paparan perbualan bekas suaminya dengan ahli keluarganya yang didakwa masih menganggu dirinya.

Malah, Hana berkata, ketika dia berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah baru-baru ini, bekas suaminya itu berada di hotel tempatnya menginap.

Bukan itu sahaja, Hana turut mendedahkan bahawa mereka sudah bercerai talak tiga serta meminta bekas suaminya supaya move on.

Bagaimanapun, menerusi siaran langsung yang dimuat naik semula satu akaun TikTok, PU Abu menjelaskan mengenai kes nikah cerai dengan bekas isterinya itu.

Kata PU Abu lagi, biarlah mahkamah yang menentukan segalanya dan apabila sudah keluar pengesahan daripada mahkamah barulah dia akan kongsikan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: