04 November 2022

ELYANA BUAT TREND 'SWIPE' TERIMA PELBAGAI REAKSI: "ALLAH BAGI KESEMBUHAN, JANGAN LUPA DIRI"



Baru-baru ini, penyanyi Elyana menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik video dia sedang menari mengikut trend lagu terkini nyanyian Alpyh iaitu 'Swipe'.


Menerusi video itu, kelihatan Elyana lincah menari dengan latar belakang cahaya lampu merah dan biru. Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila ada yang terkenang kembali ketika Elyana sakit sebelum ini.

Tidak kurang juga, ada pengguna laman sosial mendakwa penyanyi lagu 'Kalis Rindu' itu seolah lupa diri selepas sembuh dari sakit kanser limfoma.

Klik untuk gambar besar



Pada Ogos lalu, Elyana mengakui tidak lagi berhijab dan memaklumkan dia sudah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan tersebut serta berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Selepas membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab, Elyana terus menerima kecaman dan ada juga yang memberikan kata-kata positif buatnya.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: