04 November 2022

BILA BUSANA NEELOFA, MIRA FILZAH DISAMAKAN MACAM IKAN LAGA



Semua sedia maklum mengenai selebriti popular Noor Neelofa kembali dalam bidang pengacaraan menerusi sebuah program bual bicara Next To Neelofa musim kedua.


Baru-baru ini, penampilan Neelofa dan tetamu jemputannya iaitu pelakon Mira Filzah telah menarik perhatian pengguna laman sosial di media sosial. Ia selepas kedua-duanya tampil mengenakan baju jubah berwarna biru dan merah.

Salah seorang pengikut telah meninggalkan komen di akaun Instagram MeleTOP, dimana dia mengatakan busana dua selebriti itu dilihat seakan-akan seperti ikan laga.

"Kenapa saya nampak gambar ini macam ikan laga. Maafkan saya," tulis seorang pemilik akaun bernama @nasheka.mn.

Terhibur melihat foto yang tular itu, Neelofa menerusi satu hantaran di Instagram MeleTOP, tergelak membaca komen pengikut itu dan turut menulis pantun mengusik peminatnya.

Klik untuk gambar besar



"Hahahahaha saya pun gelak. Pen merah pen biru, you marah I love You," tulis Neelofa pada ruangan komen.

Gambar tersebut menjadi bualan dan rata-rata penguna laman sosial memberi komen menghiburkan dan ada juga mengatakan pakaian mereka bersesuaian dengan penampilan wanita berhijab, selain memuji kedua-dua selebriti itu begitu jelita walaupun disamakan dengan ikan laga.

"Hahaha auto gelak. Cantik pula ikan laga ni kan?" - "Ingatkan aku seorang sahaja yang nampak mereka macam ikan laga." - "Terima kasih buat saya gelak hari ini," komen beberapa penguna laman sosial.

Foto terbabit turut menggeletek hati penyampai radio, Radin: "Hahahahaha... Berdosa tak kalau gelak?" kata Radin.

Neelofa turut dilihat membalas komen yang ditinggalkan Radin. "Hahahahahahaha I pun gelak," jawab Neelofa.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: