04 November 2022

MASYA MASYITAH DIKECAM LAGI - KALI INI TAMPIL DENGAN TUDUNG YANG DIPINTAL JADI TOCANG



Nampaknya penampilan penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna laman sosial apabila tampil dengan imej yang dikatakan tidak sesuai untuk wanita berhijab.


Menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Masya atau nama sebenarnya Siti Nur Masyitah Mohd Yusoff, 22, telah mengenakan hijab tetapi menyerupai rambut yang ditocang.

Rata-rata pengikut meluahkan rasa kecewa dan mengkritik gaya Masya dan mendakwa cara pemakaian penyanyi itu semakin pelik dan berbeza tidak seperti dahulu, dia sejak dikenali ramai.

"Sebagai salah seorang pengikut Masya sejak dulu, saya perasan awak mula berubah dari cara penggayaan hijab dan jauh sangat beza sebelum terkenal... saya doakan semoga awak berubah ke arah yang lebih baik.

Klik untuk gambar besar



"Haram bagi seorang wanita memakai hijab seperti rambut... semoga kita sama-sama istiqamah." - "Makin lama pakaian dan tudung makin tak kena.

"Sebelum ini saya sebenarnya tidak mengenali pun Masya tetapi waktu itu saya tertarik dengan cara pemakaian dia yang cantik, nampak manis dan sopan santun tetapi selepas tengok penampilan baharu rasa sedikit kecewa," antara komen-komen netizen.

Sementara itu, Masya menerusi ruangan kapsyen memberitahu dia tidak menyesal dengan masa lalunya, namun berasa kesal kerana menghabiskan waktu bersama orang yang salah.

"I don't regret my past, I just regret the time I've wasted with the wrong people," tulisnya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: