Penyanyi Amir Jahari mendedahkan dia berdepan tekanan yang teruk sehingga mengambil keputusan mengundurkan diri daripada dunia muzik dan tidak lagi menggunakan nama Amir Jahari pada tahun 2020, sebaliknya kini mahu dikenali sebagai nama 'Hamba'.
Kata Hamba atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari, 30, dia tertekan kerana dibelenggu pelbagai masalah terutamanya dari segi kewangan.
"Faktor utama sebenarnya ialah tekanan... perkara itu pernah menyebabkan saya cuba bunuh diri juga. Jadi tekanan tu lebih kepada masalah keluarga dan kewangan.
"Pernah satu ketika saya sangat-sangat tiada kerja dan tiada duit. Anak saya tiada pampers kami makan nasi dengan kicap je untuk sebulan," ujar Amir yang dipetik sebagai berkata kepada mStar
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment