02 November 2022

DISERANG ANGIN AHMAR - PENGARAH AZIZI CHUCK MAKIN PULIH, TERIMA BANTUAN DARIPADA FINAS



Pengarah Azizi Chunk kini kurang aktif dalam bidang seni lantaran masalah kesihatan selepas diserang penyakit angin ahmar pada tahun lalu. Ini disebabkan penyakit berkenaan menyebabkan bahagian kiri badanya tidak boleh bergerak yang membataskan aktiviti hariannya sebagai seorang pengarah.


Bagaimanapun, keadaan kesihatan Azizi semakin stabil selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di ibu negara sebelum ini.

Atas dasar prihatin dan sokongan kepada penggiat seni, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah mengambil inisiatif menziarahi Azizi di kediamannya di Petaling Jaya pada Selasa.

Kunjungan tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Dr. Md. Nasir Ibrahim bersama beberapa kakitangan perbadanan itu bagi mengetahuip perkembangan terkini Azizi.

Klik untuk gambar besar



Berhubung keadaan terkini pengarah berkenaan, Md. Nasir memberitahu, kesihatan Azizi, 48, semakin beransur pulih dan kelihatan ceria ketika kunjungan mereka.

"Syukur melihat keadaan Azizi kini semakin beransur pulih. Program sebegini sebenarnya merupakan tanda prihatin dan sokongan pihak Finas kepada penggiat seni kreatif. Ada antara mereka yang sebelum ini pernah ditimpa musibah seperti sakit sebegini," ujarnya.

Sempena lawatan tersebut juga, Azizi sekeluarga telah menerima sumbangan wang tunai bagi meringankan beban daripada pihak Finas. Untuk makluman, Azizi sebelum ini pernah mengarahkan beberapa karya seperti 'Antoo Fighter' dan '10 Tips Tipu Bini'.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: