02 November 2022

PAKAI SEKSI, SAKAN SAMBUT HALLOWEEN - LEONA KENA KECAM: "PONTIANAK PUN PAKAI LONGGAR-LONGGAR"



Sebut saja nama Kasih Iris Leona, ramai sedia maklum penampilan anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman itu cukup sinonim dengan imej seksi yang sering menjadi perhatian dalam kalangan pengguna laman sosial.


Bagaimanapun, sangkaan ramai bahawa Leona sudah meninggalkan imej seksi selepas melanjutkan pelajaran di London, United Kingdom dalam bidang pengurusan ternyata jauh meleset.

Penampilan personaliti media sosial itu ketika menyambut perayaan Halloween didakwa menjolok mata apabila berkongsi beberapa fesyen pilihannya di laman sosial TikTok.

Malah gadis berkenaan turut bertanya kepada pengikutnya mengenai gaya paling disukai mereka: "Mana satu gaya yang awak suka?," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Menerusi hantaran berkenaan, Leona berkongsi tiga foto memperlihatkan dirinya tampil sebagai gadis cowboy lengkap bertopi, berkasut but merah jambu yang dipadankan dengan singlet tanpa lengan rona serupa dan skirt atas paha berwarna krim.en.

Dua foto lain pula menyaksikan Leona mengenakan gaun tube merah dengan belahan pada bahagian paha selain gaun kostum berwarna putih yang memperlihatkan dia bergaya sebagai angel. Video berkenaan sehingga kini meraih 500,000 tontonan dan 18,000 tanda suka di TikTok.

Meskipun berpakaian seksi, rata-rata pengikutnya di laman sosial berkenaan memuji seleksi pakaian Leona untuk parti Halloween. Pun begitu, ada juga mengkritik gaya tersebut dan mendakwa sikap Leona semakin memburuk sejak melanjutkan pelajaran di luar negara.

"Takutnya tengok pakaian dia, pontianak pun pakai longgar-longgar." - "Mantap Leona tapi sampai bila nak pakai macam tu? Makin menjadi-jadi! Bertambah teruk dia dekat sana, 100 peratus ikut gaya Barat," antara komen-komen pengguna laman sosial.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: