15 November 2022

DISINDIR 'TRY HARD' JADI DEWASA - INI BALAS QISTINA RAISAH



Pelakon cilik, Qistina Raisah sejak kebelakangan ini sering diperkatakan ramai. Sebelum ini, nama Qistina menjadi bualan selepas tular videonya memakai baju ketat di bahagian dadanya.


Malah, baru-baru ini pelakon berusia 14 tahun itu menjadi bualan netizen apabila didakwa menjalin hubungan cinta dengan lelaki lebih berusia.

Terbaru, Qistina menerusi laman sosial miliknya telah berkongsi video Tiktok dengan menulis kapsyen ringkas mengatakan dia tidak memerlukan perhatian ramai, penghargaan dan pujian.

"Saya tak perlukan perhatian, penghargaan atau pujian dari sesiapa untuk berasa bagus. Cukuplah diri saya sendiri sahaja," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Qistina itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang memberikan komen sindiran dengan mengatakan dia 'try hard' menjadi dewasa sedangkan dia baru belasan tahun.

Tidak hanya berdiam diri, Qistina dilihat membalas komen seorang individu mengatakan dia hanya menjadi diri sendiri sahaja dan tidak 'try hard' untuk menjadi dewasa seperti yang didakwa.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: