15 November 2022

DIPUJI MANIS BERHIJAB - LIA NATALIA MOHON DOAKAN MOGA DIBERIKAN KEKUATAN & HIDAYAH



Pelakon Lia Natalia baru-baru ini telah memuat naik foto dimana dia tampil berhijab yang dikongsikan di laman Instagram sempena ulang tahun kelahiran ke-30 pada 12 November lalu.


Lia berkata, foto berhijab yang dikongsikan adalah ketika menghadiri satu acara keagamaan sekali gus menolak tanggapan orang ramai dirinya sudah berhijrah.

"Saya belum bertudung sepenuhnya, tapi keinginan itu sentiasa ada. Saya memang nak bertudung tapi saya tak mahu perubahan itu dilakukan kerana saya mengikut trend atau fesyen serta melihat kawan-kawan bertudung.

"Saya nak keputusan bertudung ini biarlah muktamad dan selama-lamanya. Tetapi buat masa ini saya belum bersedia ke arah itu," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar



Menurut Lia, dia terharu apabila ramai pihak yang mendoakan agar dirinya berhijab selain ada juga yang memuji penampilannya itu.

"Saya menerima banyak komen positif daripada peminat. Malah ramai juga yang minta saya teruskan dengan imej berhijab ini.

"Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah. Saya juga sedar yang memakai tudung ini adalah wajib bagi menutup aurat," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: