16 November 2022

AZAR AZMI SUDAH 6 BULAN TAK UPDATE IG - PEMINAT TERTANYA MANA PELAKON ITU MENGHILANG



Bagi yang sering mengikuti laman Instagram Azar Azmi, pasti tahu pelakon ini sudah lama tidak mengemas kini akaun tersebut sejak enam bulan lalu.


Kali terakhir Azar memuat naik posting adalah pada 6 Mei lalu berkenaan produk kecantikan yang diusahakannya. Bukan itu sahaja, akaun Instagram bisnes miliknya juga tiada sebarang kemas kini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa bimbang serta tertanya-tanya ke mana pelakon itu menghilang serta berharap Azar dalam keadaan baik-baik sahaja.

Klik untuk gambar besar



Pada Jun lalu, Utusan Online melaporkan seorang kenalan industri mendakwa Azar khabarnya sedang mengurungkan diri di rumah namun tidak diketahui sebabnya. Malah, kelibat Azar juga tidak nampak di mana-mana acara hiburan.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Azar dan pasti ramai mahu melihat pelakon itu kembali muncul di kaca televisyen.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: