16 November 2022

"CINTA KITA TELAH BERAKHIR SELAMANYA" - JANNA NICK DAH PUTUS DENGAN DINI SCHATZMANN?



"Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya," itulah tulis pelakon dan penyanyi Janna Nick yang menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila dia sekaan-akan memberi gambaran bahawa dia sudah berpisah dengan teman lelakinya yang juga pelakon, Dini Schatzmann.


Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, dilihat menulis nota berbaur kekecewaan dan mengatakan cintanya telah berakhir, malah pelakon itu juga dilihat turut menutup ruangan komen.

Sebelum itu, Janna ada memuat naik sebuah video menerusi aplikasi TikTok yang seolah-olah menjelaskan status terbaharu dirinya. Dalam video tersebut, dia memperkenalkan dirinya sebagai Janna, berusia 27 tahun, single dan tidak suka membuka bungkusan sambal.

Status dimuat naik aktres itu membuatkan peminat terkejut namun mendoakan hubungannya dengan Dini, 28, dalam keadaan baik. Malah, ada yang berpendapat ianya hanya lakonan semata-mata.

Klik untuk gambar besar



"Seriuslah Janna Nick dah kembali single. Semoga yang baik-baik buat awak.

"Single itu bujang, bukan single tiada kekasih," komen peminat di TikTok.

Sementara itu, menerusi tinjauan, Janna sudah unfollow Instagram Dini, namun aktor itu masih mengikuti akaunnya.

Usaha mendapatkan komen pasangan itu berhubung isu berkenaan bagaimanapun tidak berjaya apabila Janna dan Dini gagal dihubungi.

Untuk makluman, Janna dan pelakon drama 'Cik Reen & Ngok Ngek' itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2019.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: