16 November 2022

"SEMUA ORANG KATA SAYA GILA... KALAU GILA, SAYA DAH BUNUH ORANG" - ZAITON SAMEON AKUI MASIH INGAT LIRIK, BOLEH MEMANDU



Penyanyi veteran Zaiton Sameon yang baru-baru ini menerima Kad Orang Kurang Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, di sini, menafikan dirinya seorang yang gila seperti yang didakwa.


"Saya balik kampung semua orang cakap saya gila. Saya gila ke? Saya tak gila. Saya cakap kalau saya gila, saya dah bunuh orang. Saya masih ingat lirik dan boleh memandu," ujarnya.

Jelas Zaiton, 66, dia kecewa dan sedih dengan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya. Penyanyi lagu 'Menaruh Harapan' itu juga sedih apabila ada artis seangkatannya 'tikam belakang' apabila menjaja cerita kepada penganjur mengatakan dia tidak boleh menyanyi.

Klik untuk gambar besar



"Dia bawa mulut kepada penganjur kata berkenaan perkara ini. Saya masih boleh menyanyi sampai sekarang. Siapa yang tak sedih bila dikata begitu. Katanya saya 'lalok'. Insya Allah saya masih boleh ingat lirik. Malah mengaji pun saya masih ingat tajwid.

"Saya juga terkilan kerana tiada tawaran menyanyi langsung dari mana-mana pihak untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tahun-tahun sebelum ini ada juga dipanggil," katanya.

Pada majlis penyerahan Kad OKU, pegawai Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Norfarhani Zakaria yang turut berada di situ memujuk Zaiton apabila menjelaskan dia bukan gila tetapi mengalami kesan fizikal.



"Saya melihat borang, doktor menjelaskan Zaiton Sameon dikategorikan sebagai OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak). Zaiton bukan mengalami masalah mental. Cuma kadar ingatannya tak sama macam orang lain. Kalau kenangan lama yang dia buat, dia takkan lupa," tuturnya.

Penyerahan Kad OKU yang berlangsung di ibu pejabat JKM Wilayah Persekutuan, di sebuah hotel di ibu negara dibuat oleh Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh. Ia membolehkan Zaiton layak memohon untuk menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.

Difahamkan, Zaiton kini tinggal bersama anak angkatnya Che Sikah Ismail atau Ikah dengan menyewa rumah di Bukit Indah, Ampang dengan kadar sewa RM800 sebulan.



________ IKLAN ________

JUALAN BESAR-BESARAN 11.11..!! Tawaran hebat Shopee sempena pesta 11.11 (11 November). Dapatkan barangan impian anda dengan diskaun terbesar & terhangat. Hadiah cabutan bertuah juga disediakan untuk anda berupa sebuah kereta idaman ramai Mini Cooper.

Berita baik khas untuk pelanggan baru..  Anda akan mendapat voucher 'selamat datang' untuk membeli barangan pertama secara percuma.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: