07 November 2022

DITUDUH PENGARAH LAKUKAN BABAK AKSI ATAS KERELAAN - WAFARIENA NEKAD BUAT LAPORAN POLIS



"Sebagai pengurusnya, saya ingin tegaskan Wafariena tidak beraksi secara rela untuk babak berbahaya dalam penggambaran tersebut memandangkan dia tiada pengalaman. Tiada guna kalau dia mahu hubungi kami selepas laporan polis dibuat kerana seolah-olah mengabaikan keselamatan anak saya.


"Sedangkan dia tahu kecederaan Wafariena serius sehingga mengambil masa lama untuk sembuh," ujar ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Ahmad yang menjelaskan pihaknya nekad membuat laporan polis selepas mendakwa difitnah oleh Kahiri yang mendakwa anaknya melakukan babak berkenaan dengan rela hati.

Pada 26 Oktober lalu, Wafariena telah membuat laporan terhadap pengarah 'Mata Tak Berhijab' iaitu Kahiri Azmi di Balai Polis Kundang, Kuang, Selangor susulan kecederaan yang dialami selepas dipaksa melakukan babak aksi dalam drama berkenaan.

Suzana turut meluahkan rasa kecewa apabila tiada sebarang permohonan maaf dibuat pengarah tersebut selepas insiden yang berlaku pada 8 Oktober lalu di sebuah kawasan hutan di Lenggong, Perak.

Sementara itu, Suzana menjelaskan tindakan undang-undang yang diambil hanya kepada pengarah drama tersebut tanpa melibatkan produser atau krew penggambaran yang lain.

Klik untuk gambar besar



Pihaknya juga akan bertemu dengan penerbit drama berkenaan bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit termasuk kos rawatan anaknya di hospital.

"Sepatutnya kami akan bertemu penerbit namun belum dapat tarikh kerana jadualnya padat. Antara perkara yang akan dibangkitkan adalah tentang bayaran akhir serta kos rawatan Wafariena.

"Wafariena mengalami kecederaan di bahagian perut selain kecederaan tisu punggung dan terpaksa menolak dua tawaran lakonan. Dia bagaimanapun meneruskan penggambaran sebuah program yang sudah dipersetujui lebih awal," katanya.

Sebelum ini, Wafariena menjelaskan pengarah terbabit meminta dia melakukan babak aksi berkenaan. Pelakon itu kemudian menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Rawang, selepas mengalami kecederaan ketika melakukan aksi tersebut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: