27 November 2022

FOTO WAK DOYOK BERPELUKAN DENGAN A. AIDA UNDANG SPEKULASI



"Restu.. @a_aidaproduction #BirtdayBoy 🎂," itulah tulis usahawan dan juga ikon fesyen terkenal iaitu Wak Doyok pada sekeping gambar dia bersama penerbit, Datuk A. Aida yang dimuat naik laman Instagram miliknya.


Menerusi hantaran tersebut, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Haji Mohd Nor difahamkan menyambut ulang tahun kelahirannya dan turut mengundang A.Aida ke majlis tersebut.

Perkongsian Wak Doyok itu bagaimanapun telah mendapat perhatian pengguna laman sosial apabila melihat kemesraan A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah binti Awang yang memeluk pinggang ikon fesyen terkenal itu semasa bergambar.

Susulan itu, perkongsian tersebut telah mengundang spekulasi mengenai status hubungan mereka dan menerima pelbagai respon daripada pengguna laman sosial di ruangan komen, dimana ada segelintir mereka merestui hubungan Wak Doyok dan A. Aida yang dikatakan sepadan bersama.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: