27 November 2022

"SAYA TAK ADA MASALAH DENGAN IMEJ DIA... SEBAB DIA MELAWA PUN UNTUK SAYA" - YONNYBOII MINTA JANGAN MASUK CAMPUR



"Bagi saya tak perlu kot orang lain jaga tepi kain saya dan nak tahu macam mana saya menjaga bini saya. Orang hanya nampak dan tahu apa yang kita kongsi di laman sosial.


"Saya tak ada masalah pun dengan imej dia. Bagi saya, biarlah dia nak melawa. Sebab dia melawa pun untuk saya... I like it. Insya-Allah nanti dia akan berubah juga," ujar penyanyi Yonnyboii yang menjelaskan, dia tidak kisah jika isterinya iaitu Nik Nazira menggayakan pakaian seksi kerana penampilan sebegitu hanya sekadar untuk dirinya sebagai seorang suami.

Menurut pelantun lagu 'Sakit' itu, netizen sering mengkritik kehidupan dia dan isteri, kerana hanya melihat perkara yang dimuat naik di laman media sosial sahaja. Penyanyi itu turut berharap agar pihak di luar sana berhenti mempersoalkan cara dia menjaga isteri.

Dalam pada itu, Yonny sempat menyatakan rasa syukur kerana masih lagi relevan dalam industri hiburan tanah air kerana masih ramai mengambil berat tentangnya dan berharap perkara itu berlanjutan kerana tidak mahu dilabel sebagai artis 'sendu'.

Klik untuk gambar besar



"Kami dah tak fikir sangat… apa saja publisiti adalah publisiti. Kalau orang kisah fasal saya maksudnya mereka ambil berat lagi fasal saya. Kiranya orang masih fikir fasal kita. Saya bersyukur saya masih relevan dan orang masih bercakap. Dan saya berharap orang terus bercakap sampai bila-bila. Kita tak jadi sendu," katanya.

Sebelum ini, tular video isteri Yonnyboii memakai gaun pendek berwarna hitam di TikTok yang mengundang kecaman netizen di laman sosial. Rata-rata netizen menganggap pakaian yang digayakan Nik Nazira itu mencolok mata kerana ia jarang sehingga menampakkan kulit di bahagian lengan dan perut selain terlalu pendek.

Isteri Yonnyboii tampil mohon maaf jika imej itu dianggap terlalu seksi, selain berkata dia tidak pernah melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan perhatian netizen.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: