"Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan perkembangan terkini tentang Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase cakap saya seolah saya ini batak dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.
"Seolahnya saya ini mengambil kesempatan daripada keadaan ini untuk promosi diri dan kerja sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya.
"Ada perkataan-perkataan yang saya tak ada sebut pun. Yang saya minta push, dengan heading provoke. Berdoa untuk Nad, hanya awalan sahaja. Pudar sudah, dijoloknya dengan hal peribadi yang tidak tepat dan ajakan berdoa itu menjadi minor dan tidak relevan.
"Ini sudah bukan apa saya mahukan untuk sebarkan berita tentang keadaan Nad. Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarga, kawan-kawan dan beberapa pihak lain.
Klik untuk gambar besar
"Dan saya yakin ini yang orang nak tahu bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing. Saya mulai hari ini tidak akan memberi apa-apa kenyataan perkembangan tentang keadaan Nad Zainal dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber lain," kata pelakon Ungku Ismail yang meluahkan rasa kecewa menerusi muat naik di Instagram (IG) Story miliknya.
Sejak hari pertama pelakon Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, Ungku Ismail yang kerap berkongsi perkembangan terkini rakannya itu termasuk kepada pihak media.
Bagaimanapun, Ungku Ismail atau penuhnya Ungku Ismail Aziz, 36, berasa kesal apabila keperihatinannya disalah anggap oleh segelintir pihak yang mendakwa dia mengambil kesempatan untuk mempromosikan diri disaat ramai bimbangkan keadaan Nad yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor.
Dalam pada itu, Ungku Ismail berkata, permintaan mendoakan kesihatan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, semakin menghilang apabila ada segelintir mengasak soalan peribadi yang membuatkan dia dan keluarga aktres itu kurang senang.
Dek kerana kecewa dengan sikap segelintir pihak yang lebih mahu mengorek kisah peribadinya, Ungku Ismail menjelaskan yang dia tidak akan lagi berkongsi perkembangan terkini Nad.
Jelas Ungku Ismail, ini bukan masanya untuk menjaja kisah peribadi mahupun kerjayanya sebaliknya mahu memaklumkan perkembangan terkini tentang kesihatan sahabatnya itu.
________________________
No comments:
Post a Comment