27 November 2022

WAJAH ISTERI USOP TANPA 'MAKEUP' LEPAS BERSALIN DIKRITIK MACAM LEPAT LIAT



Semua sedia maklum mengenai isteri kepada penyanyi Usop iaitu Nur Fatihah yang telah selamat melahirkan bayi sulung lelaki semalam. Pasangan ini sepakat memilih nama Muhamad Saif Umar untuk putera mereka.


Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor menerusi laman Instagram miliknya. Menerusi hantaran tersebut, penyanyi berusia 25 tahun itu telah memuat naik gambar isterinya sambil mendukung bayi mereka.

Dalam pada itu, Usop menerusi muat naik yang lain turut memohon maaf kerana menerima terlalu banyak komen dan kiriman mesej sehingga tidak menang tangan untuk membalasnya.

"Biasalah, baru nak jadi daddy, gabra la ya. Nanti Usop balas satu per satu nah thank you semua," tulis Usop.

Klik untuk gambar besar



Selain menerima ucapan tahniah, ada juga pengguna laman sosial yang mengkritik wajah isteri Usop yang dilihat tanpa sebarang 'makeup' selepas bersalin. Kata individu tersebut, wajah isteri Usop kelihatan macam lepat liat.

"Bukan lawa ke isteri dia ni, kenapa macam lepat liat muka dia," katanya.

Komen individu itu bagaimanapun telah menerima kecaman dimana rata-ratanya menjelaskan bahawa wanita hamil sememangnya akan mengalami perubahan hormon dan bentuk badan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: