27 November 2022

"BELUM SAMPAI SETAHUN TAPI ALHAMDULILLAH DAPAT REZEKI ANAK AWAL" - SYURA AKUI KEKOK HAMIL SELEPAS 11 TAHUN



Selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga dengan Muhd Farizat Ismail Januari lalu, penyanyi Syura Badron atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 36, telah berkongsi berita gembira dimana dia disahkan hamil.


Namun akui Syura, dia berasa kekok untuk kehamilan keempatnya kerana kali terakhir dia hamil adalah sekitar 11 tahun lalu. Dalam masa sama, Syura meluahkan rasa syukur dengan rezeki diberikan Allah.

"Kalau ikutkan perkahwinan kami belum sampai setahun tapi Alhamdulillah dapat rezeki anak awal. Kali terakhir hamil adalah 11 tahun lepas, jadi perasaan itu agak kekok seperti mengandung anak pertama.

"Alhamdulillah kehamilan anak keempat ini tidak mengalami sebarang alahan teruk cuma kadangkala saya sakit tekak dan mengalami demam," ujar Syura yang kini difahamkan sedang hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada Mac 2023.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Syura menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi video dimana dia membuat kejutan kepada suami dengan menghadiahkan kotak misteri yang tersimpan pakaian bayi dengan tertera perkataan 'You Are Going To Be a Dad Soon'.

Sementara itu, Syura berkata, suaminya tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk menimang cahaya mata secepat ini apatah lagi usianya yang semakin meningkat.

Malah kata Syura, mereka berdua pernah berbincang secara mendalam tentang kemungkinan dia tidak dapat memberikan zuriat memandangkan Muhd Farizat tidak pernah berkahwin sebelum ini.



"Sebelum bernikah kami pernah bincang mengenai soal anak kerana usia saya sudah menjangkau 36 tahun... jadi banyak perkara bermain di fikiran apatah lagi suami tidak pernah berkahwin sebelum ini.

"Tapi dia sudah menegaskan bahawa dia tidak kisah seandainya kami tidak diberikan rezeki anak dan memahami keadaan saya. Bagaimanapun sebaik tahu saya disahkan hamil dia orang paling gembira," kata Syura yang turut teruja melihat ketiga-tiga anaknya tidak sabar menanti kelahiran adik mereka.

Untuk makluman, ini merupakan perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13 dan Muhammad Irfan Aryan, 11 tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: