27 November 2022

"ALLAH AKAN MELINDUNGI KITA" - SHALMA ELIANA JAWAB DAKWAAN KENA 'BOMOH'



Nama bekas teman wanita Ismail Izzani iaitu Shalma Eliana atau nama penuhnya Shalma Eliana Bruhanutheen, 22, telah diheret sekali selepas kontroversi melanda penyanyi itu sejak beberapa hari lalu.


Ini berikutan seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Mia Lara mendedahkan pernah melakukan perbuatan syirik terhadapnya. Shalma ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut berkata, dia hanya mampu memohon perlindungan Allah agar dijauhkan daripada perkara syirik.

Jelas Shalma yang kini berada di London, dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk memberi respon terhadap dakwaan tersebut namun berharap tiada sebarang perkara buruk berlaku kepadanya.

"Sebenarnya saya tidak tahu macam mana nak respon tentang perkara ini. Tapi kita doa sahaja supaya kita sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada perkara tidak diingini," katanya yang berkongsi perkara itu menerusi ruangan Ask Me Question di Instastory.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Shalma yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi ini memberitahu, dia tidak perlu takut dengan dakwaan wanita terbabit kerana percaya Allah sentiasa ada melindunginya.

"Allah ada dengan kita. Kita nak takut apa. Dia akan melindungi kita," tuturnya.

Sementara itu, mengenai soalan tentang peribadi, Shalma berkata, bukan mudah untuk dirinya meneruskan kehidupan selepas berpisah dengan Ismail Oktober tahun lalu.

Jelasnya, ketika ini dia masih mempunyai masalah kepercayaan terhadap orang lain dan lebih selesa bersendirian daripada mempunyai teman lelaki.

"Saya dah tak tahu macam mana nak suka orang dah. Tak tahulah sama ada trauma atau tidak. Saya rasa ia berkenaan dengan isu kepercayaan. Nak berkenalan dan pergi keluar makan boleh sahaja, tapi crush tak ada," jelasnya.

Terdahulu, pasangan tersebut memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka dan sepakat membuang cincin berlian yang pernah diberikan ke dalam sungai.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: