01 November 2022

"HARI INI HARI JADI... TETAPI KESIAN SAYANG MUMMY KENA C0V1D" - CHE TA JANJI PADA AAISYAH SAMBUTAN MERIAH SELEPAS SEMBUH



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Rozita Che Wan memaklumkan anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana disahkan positif C0V1D pada Selasa.


Dalam entri tersebut, Rozita atau mesra disapa Che Ta, 49, berkata, Aaisyah dijangkiti virus berkenaan pada ulang tahun kelahirannya yang kelapan pada 1 November 2022.

Sebagai ibu, Che Ta turut memberitahu dia tidak sanggup melihat anak kesayangannya itu terbaring lemah kerana sedang menanggung kesakitan akibat wabak tersebut.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Che Ta berazam untuk mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran anaknya secara besar-besaran apabila Aaisyah sudah sembuh nanti.

"Hari ini hari jadi puteri Aaisyah Dhia Rana, tetapi kesian sayang mummy kena COV1D 🥲. Dah sihat nanti kita sambut all out na sayang 🥲. Kita buat dekat Lantera Venue tau," tulis Che Ta.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon itu turut mendoakan kesembuhan Aaisyah sekali gus mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: