06 November 2022

IBU SITI NURHALIZA DIJANGKITI C0V1D: "DOAKAN MAK SALMAH SEGERA SEMBUH"



Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, menerusi Instagram Story telah memaklumkn berita sedih dimana ibunya iaitu Siti Salmah Bachik, 70, disahkan positif C0V1D.


Dalam status tersebut, Siti berkata dia menerima perkhabaran itu sebaik selesai mengadakan persembahan di Music Of The Soul: An Evening With Dato' Sri Siti Nurhaliza x Dato' Awie pada malam Sabtu.

Menurut penyanyi ini, ibunya tidak mengalami simptom teruk kecuali sakit badan dan batuk. Dalam pada itu, Siti turut memohon peminat untuk mendoakan kesembuhan ibu tercintanya itu.

"Balik tengok handphone, dapat berita mak kena C0V1D. Dapat cakap dengan mak baru lega. Mak cuma sakit badan sikit dan batuk tak teruk. Alhamdulillah. Ya Allah, jagakan Wali keramat saya. Doakan Mak Salmah segera sembuh, mak kuat," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Pada malam Sabtu, Siti menjayakan persembahan amal khas yang dibawakan oleh Yayasan Nurjiwa di Plenary Hall, KLCC. Siti menyampaikan 17 buah lagu menerusi empat segmen termasuk lagu duet 'Baldu Biru' dan 'Pantun Budi' bersama penyanyi terkenal, Awie.

Dalam hantaran terbaharunya, Siti yang akan beraksi di malam kedua Konsert Music of the Soul Datuk Seri Siti Nurhaliza malam ini, berkongsi keadaan terkini ibunya.

"Hubungi mak pagi tadi, dengar suara mak ceria, barulah rasa senang hati nak kerja malam ini. Terima kasih semua yang mendoakan Mak Salmah ya. Syukur, Alhamdulillah," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: