06 November 2022

RAI ANNIVERSARY PERTAMA - UCAPAN UQASHA SENROSE & KAMAL ADLI BUAT RAMAI TERSENTUH



Pasangan selebriti popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka semalam iaitu pada tanggal 5 November.


Sempena ulang tahun itu, Uqasha telah menitipkan dedikasi istimewa buat suami tersayang. Uqasha yang kini bahagia bersama Kamal itu mengakui bersyukur kerana mereka sama-sama berjaya mengharugi bahtera rumah tangga bersama.

Kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini melayangkan kata cinta itu turut berkongsi foto momen indah mereka berdua menerusi laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



"Happy 1st anniversary abang @kamaladli. Im speechless, there's so many things I wanna say but I just got blur. Walau macam-macam dugaan pahit manis kita baru lalui selama setahun tapi kita berjaya lalui sayang!!

"Abang please know that I always proud to have you as my suami and always support you in any ways Insya-Allah. Thank you sayang for everything and insyaAllah many more to come.

"You are amazing funny guy, tapi time baloh (gaduh) gak haha biasa la tu adat rumahtangga kata orang-orang tua kan kita ikut je.



"Walaupun tak ada apa-apa celebration sebab kita dua kerja, dengan kata-kata dan posting dari abang, saya syukur.. (walaupun tak nak tu je). Heheehehe, love you abang my love and forever love ❤️. Amin," luahnya.

Sementara itu, di dalam sebuah lagi hantaran lain, Uqasha turut memuat naik video pendek yang memaparkan mereka sedang menikmati makan malam dengan cara tersendiri.

Tidak ketinggalan, Kamal menerusi Instagram turut memberi ucapan sempena ulang tahun pertama perkahwinan untuk isteri tercintanya.



"Happy Anniversary sayanggg!! Alhamdulillah setahun bersama ni tak sabar nak lalu bertahun-tahun sampai jannah bersamamu sayanggg! Tq menahan perangaiku.. emo ku.. gilaku dan comel ku...

"Orang tak suka memang banyak.. biarkan kita tetap suka diorang.. Time senang memang ramai.. but time susah.. You're the one ada for me.. tq sayaggg,.. Only you and I love u soooo much sayang! Kita gempakk sayangg and sayang cantik bak Uqasha Senrose!!" tulis Kamal.

Untuk makluman, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 lalu di dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri kedua ahli keluarga.















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: