06 November 2022

TOM GV9 TERHARU ELLY MAZLEIN SENTIASA BERI KEKUATAN: "TERIMA KASIH SELALU SOKONG, PELUK & PEGANG TANGAN..."



"Salam kak @iamellymazlein... Terima kasih selalu sokong, peluk dan selalu pegang tangan Tom. Tom selalu rasa sokongan dari Kak Lina setiap kali di pentas GV9. Tom rasa akak berdiri sebelah rasa macam akak teman dan rasa akak support Tom dalam diam.


"Tom dapat rasa perasaan itu. Bila Tom dikomen dan kritik, Tom rasa kuat sebab akak ikut teman Tom. Tom sayang Kak Lina," coret bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom menerusi hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut, Tom terharu dengan kesantunan serta cara pengacara Elly Mazlein memberikan sokongan kepada setiap peserta terutama ketika peringkat penyingkiran.

Kata Tom, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom, menjadi individu yang membakar semangatnya dan memulihkan rasa dukanya apabila di pentas. Perkongsian Tom itu turut menyentuh hati peminatnya yang ikut sama merasai kesedihan dan setiakawan Tom dan Kak Lina.

Klik untuk gambar besar



"Akak pun perasan Kak Kepok selalu jadi pembakar semangat Tom." - "Betul, minggu pertama hingga Tom tersingkir memang Kak Lina sentiasa teman Tom." - "Masa Tom keluar pun Kak Lina nampak sebak.

"Elly ni memang sisi sebenar dia seorang pelindung dan orang yang sesuai untuk kita luah perasaan dan tenteramkan orang yang down," tulis beberapa pengguna laman sosial .

Pada minggu ketujuh GV9, rezeki tidak berpihak pada Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, apabila menjadi peserta keempat tersingkir selepas Roy Kapilla, Haida Hasnan dan Pat Candy.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: