06 November 2022

LEONA LUAH KECEWA BEKAS KEKASIH MUDAH TEMUI PENGGANTI



Semua sedia maklum, sebelum berangkat ke luar negara, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona ada memaklumkan dia sudah berpisah dengan teman lelakinya namun masih berkawan baik.


Baru-baru ini, Leona yang kini berada di United Kingdom, London untuk menyambung pengajian di sana itu menerusi Twitter miliknya telah meluahkan rasa sedih apabila bekas kekasihnya itu dipercayai sudah bertemu pengganti.

Menerusi satu lagi perkongsian, Leona turut meluahkan rasa kecewa apabila bekas teman lelakinya begitu mudah menggantikan wanita lain di dalam hatinya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat buat gadis itu supaya terus kuat dan fokus dalam pelajaran.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan suatu hari pasti Leona akan dipertemukan dengan lelaki lebih baik serta berseloroh menggesa gadis itu untuk mencari pengganti juga.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: