06 November 2022

BILA RAHMAD MEGA BUAT KEJUTAN PADA MAJLIS KONVOKESYEN ANAK



Pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke-17 di Kompleks Sukan UMP, di sini, semalam, penyanyi rock terkenal 90-an, Rahmad Tohak atau lebih dikenali Rahmad Mega telah membuat kejutan untuk anaknya, Suhazri Amrin.


Selain muncul di pentas, Rahmad turut menyanyikan lagu popular kumpulan Mega, 'Takdir dan Waktu' sambil ditemani anak lelakinya yang berusia 25 tahun, sekali gus menarik perhatian ibu bapa yang hadir pada sesi pertama konvokesyen itu.

Difahamkan, Suhazri Amrin antara penerima ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah doktor falsafah dan diploma yang disampaikan oleh Pro Canselor UMP, Tan Sri Dr Abi Musa Asaari Mohamed Nor.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.

Rahmad berkata, ibu bapa seharusnya memberikan sokongan atas minat anak masing-masing.

"Kita harus lihat kecenderungan dan potensi anak. Kalau boleh jangan sekat minat mereka," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: