06 November 2022

KENA KECAM MUAT NAIK FOTO 'MENGUNDANG' - MICHAEL ANG AKUI SENGAJA BUAT TINJAUAN SOSIAL



Baru-baru ini, pengarah terkenal Michael Ang ada memuat naik sekeping foto dua lelaki dengan aksi 'mengundang'. Perkongsian Michael yang juga pelakon itu menjadi bualan sekaligus mengundang kecaman pengguna laman sosial.


Pengguna laman sosial menyelar tindakan Michael yang didakwa tidak menjaga sensitiviti serta nama baik Islam. Difahamkan, foto yang dikongsikan itu dipercayai untuk mempromosi drama yang terbaharunya yang bertajuk 'Apa Dosaku 2'.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan foto tersebut boleh mengundang fitnah. Selain itu, ada juga meminta agar hasil karyanya ini tidak dimainkan di stesen televisyen.

"Tak payah nak over, jangan nak mengajar buat perkara keji. Sejenis provokasi, nanti dah jadi isu jangan nak bising." - "Harap pihak terbitan haramkan drama berunsur lucah ini.

Klik untuk gambar besar



"Suka orang Islam buat macam ini, tarik perhatian dnegan kelakuan tak senonoh. Sengaja nak dipandang serong," antara komen-komen pengguna laman sosial.

Berhubung kecaman itu, Michael tampil menjelaskan tujuan perkongsiannya berkenaan dengan mengatakan apa yang dilakukan ini merupakan satu tinjauan sosial terhadap orang ramai supaya tidak membuat andaian melulu terhadap sesuatu isu tanpa mengetahui hal yang sebenar.

"Saya buat tinjauan sosial agar rakyat buka mata dan ia berjaya. Memang saya sengaja nak bagi kesedaran kepada rakyat jangan buat andaian sendiri sebelum dengar cerita sebenarnya kerana itu jatuh fitnah.

"Sama juga dengan pilihan raya kali ini jangan hanya dengar dari media sosial. Rakyat kena pandai buat selidik sendiri jangan hanya harapkan media sosial. Itu sahaja," kata Michael ketika dihubungi mStar.



Pengarah berusia 46 tahun ini berkata, pengguna laman sosial gemar membuat andaian sendiri tanpa menyelidik terlebih dahulu maksud sebenar di sebalik sesuatu isu.

"Itu perkara biasa, netizen selalu buat andaian tanpa mengetahui kisah sebenar. Mereka terlalu fikir mereka ahli syurga, tak tahu apa-apa tapi nak suka kondem sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Michael yang kini sedang menjalani penggambaran drama terbaharu itu memberitahu bahawa idea memuat naik foto berkenaan timbul secara tidak sengaja.

"Saya tengah shooting scene itu, tiba-tiba dapat idea. Saya sengaja post gambar itu biar nampak lain macam sedangkan babak itu orang tengah cucuk pisau," tuturnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: