05 November 2022

ISU NAFKAH ANAK - ADAM SHAHZ TAK KISAH DIMAKI, PILIH DIAM & KUMPUL BUKTI



"Biarlah orang nak maki. Kita senang sahaja sebab kalau cakap apa-apa pun orang memang tidak akan percaya. Jadi lebih baik diam dan buat tak tahu. Paling penting, sementara itu kumpul bukti yang ada dan hantar.


"Tak perlu peningkan kepala," ujar pelakon Adam Shahz yang memberitahu, buat masa ini dia lebih selesa berdiam diri daripada bertikam lidah dengan pengguna laman sosial memandangkan isu dibangkitkan tiada kaitan dengan mereka.

Nama Adam Shahz terus menjadi bualan hangat berhubung isu culas membayar nafkah anak kepada bekas isteri yang juga pelakon Fatin Afeefa. Meskipun sudah menjawab pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya namun Adam terus dikritik sehingga diserang pengguna laman sosial ketika mengadakan siaran langsung di TikTok miliknya berhubung isu sama.

Jelasnya lagi, dia sedang mengumpul bukti lengkap untuk di bawa ke mahkamah untuk membela dirinya. Sebelum ini, Adam menegaskan dia tidak pernah mengabaikan tanggunjawab terhadap anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia 7 tahun.

Klik untuk gambar besar



Tambahnya, sejak dia dan Fatin berpisah dia menyimpan semua transaksi pembayaran dan menyifatkan tindakan aktres itu membangkitkan isu nafkah sekadar meraih perhatian di media sosial.

Dalam pada itu, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, turut mengingatkan netizen agar tidak terus menjatuhkan hukum memandangkan kebenaran masih belum terbukti.

"Macam korang (netizen) pun tak payah judge sesiapa. Saya tak cakap saya betul atau pihak sana betul. Mungkin ada salah saya, mungkin juga ada salah pihak sana," kata yang mendirikan rumah tangga dengan Fatin pada 21 Disember 2013, sebelum bercerai pada 30 Mei 2017.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: