05 November 2022

ANJING K9 PELIHARAAN MATI DIRACUN - FEZRUL KHAN LUAH BERANG: "BACA SURAH AL-MA'IDAH BARU SEMBANG DENGAN SAYA"



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Fezrul Khan telah memuat naik gambar anjing peliharaannya jenis K9 berwarna hitam yang diberi nama Bobo. Dalam hantaran tersebut, Fezrul meluahkan rasa kecewa dan marahnya terhadap individu yang membunuh anjing peliharaannya itu.


Difahamkan, Bobo mati akibat diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab di kebunnya baru-baru ini. Pelakon telefilem 'Dania' itu turut mempersoal tindakan individu terbabit membunuh anjingnya dan mengaitkannya dengan isu pahala serta surah Al-Ma'idah.

Dalam masa sama, Fezrul turut berkata anjing jenis K9 itu merupakan haiwan yang sangat bijak kerana banyak digunakan oleh pihak polis dalam misi menyelamat atau mencari.

Klik untuk gambar besar



Disebabkan itulah harga bagi seekor anjing K9 dikatakan sangat mahal. Tambahnya lagi, setiap ciptaan Allah semua bersebab dan dia berharap individu tersebut mendapat balasan daripadaNya.

"Bukak Al-Quran baca surah Al-Ma'idah baru sembang dengan saya. Kira membunuh anjing saya di kira dapat pahala la berganda2. Takpe biar Allah je yang balas. Kata Islam tu mudah kalau macam ni kira Islam itu menyusahkan la. Bangsa lain pon tengok agak menyusahkan. Allah is the greatest.

"Allahuakbar. Tau berapa harge seekor anjing K9. Kalo runtuhan bangunan siapa yang kite guna tuk mencarik mangsa, orang hilang kite guna siapa. Banyak lagi, Kegunaan die, Jangan ingat anjing k9 ni murah ye.


"Setiap ciptaan Allah semua bersebab. Simpan sikit busuk hati tu dan jangan tunjuk pandai. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Ade beberapa negeri tidak mengambil anjing jadi sebab tu saya bawak die ke KL untuk berubat jangan ingat anjing naik ambulance...

"Awak nak cakap saya kurang pahala saya masuk neraka, itu awak punye pasal, Saya amin kan saje. Sebab syurga neraka bukan di tangan anda. Sekian terima kasih jangan rasa diri tu pandai dah mula nasihat kan orang.

"Anjing kat Masjidil Haram pon diorang kate no problem. Korang yang lebih. Jaga tepi kain sendri sebelom jaga tepi kain orang," tulis Fezrul.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: