05 November 2022

HAMPIR 3 TAHUN TUNGGU - LUFYA KECEWA DIANIAYA, RUPANYA KES TUNTUT NAFKAH ANAK DAH DITUTUP



"Right is right! Even everyone is against it, And wrong is wrong.. 2 tahun tuntut nafkah anak tak settle dan menunggu 8 bulan untuk tarikh seterusnya it's soooo ridiculous. Baru ni dapat tahu rupanya kes nafkah anak lufya telah dibatalkan / ditutup oleh Hakim.


"Gali punya gali rupanya lawyer kita sendiri tak hadir mewakili kita. Kes telah ditutup pada bulan March 2022 awal tahun lagi. Yang kita ni percaya la kat die oh bulan 3 ditunda bulan 4 kemudian bulan seterusnya sampailah bulan November last message suruh lufya refile! Alasannya kerana masukkan pembuktian baru.. ini namanya "putaran" 360 darjah.

Subhanallah kita lantik die untuk bela kita malah rasa dianiaya. Lufya ni single mom yang bekerja keras menyediakan yang terbaik untuk anak perempuan fya. Tangisan, jerih, perih membesarkan anak sendiri jangan cerita lah.

"Apa yg terjadi sebelum ini tolak tepi lah. Come on! Rm 300-Rm 500 jumlah yang tak releven lagi lah untuk nafkah anak. Itu pun culas! Dah file kan kes baru masukkan duit ke account anak itu pun ikut jumlah suka hati die. We should give the best to our child! 💔

Klik untuk gambar besar



"Sekolah Tadika Kemas adalah untuk B40 dan kita tidak layak untuk masukkan anak ke sekolah itu. Itu hak bagi orang-orang yang tak mampu. Sila guna 🧠 Alhmdulillah baru lantik lawyer yang berkaliber Tuan @fakhrul_azman_hasan.

"Terima kaseh banyak2 atas segala urusan dan khidmat nasihat. Sangat2 membantu. Semoga dilancarkan segala urusanku dan juga urusan seluruh Ibu Tunggal yang berjuang membesarkan anak-anak mereka seorang diri.

"Moga Allah permudahkan jalan kita semua dan limpahkan rezeki yang halal. Aamin3x. Takbir!!! Allahuakbar !!!!!! #berhatihatipilihlawyersyarie #kesabaranmenurun," itulah tulis pelakon Lufya Omar yang meluahkan rasa teraniya selepas 2 tahun 8 bulan kes tuntutan nafkah untuk anaknya, Laana Haura, 4, masih belum selesai.



Lufya berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya itu. Dalam hantaran tersebut, Lufya menyatakan apa yang lebih mengecewakan apabila mendapat tahu kesnya dibatalkan oleh Hakim selepas peguam yang mewakili tidak hadir menguruskannya.

Tambah Lufya, penantian dan dalam masa yang sama berkorban tenaga untuk memberikan yang terbaik buat satu-satu anaknya itu telah menjadi sia-sia. Dakwa Lufya lagi, bekas suaminya, Che Muhammad Hafiz Che Baharum pula mengambil isu nafkah dengan sambil lewa.

Pun begitu, dia kini bersyukur dapat meneruskan kes itu dengan melantik peguam baharu yang diyakini dapat menggalas tanggungjawab untuk menyelesaikan kesnya.

Untuk makluman, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Hafiz yang merupakan seorang doktor pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun. Lufya dan Hafiz bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: