05 November 2022

BILA CIK B DIHALANG PENGAWAL KESELAMATAN MASUK TANDAS WANITA



Sejak akhir-akhir ini, anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B sememangnya menjadi buah mulut pengguna laman selepas tampil dengan rambut persis lelaki.


Disebabkan rambut pendek itu juga, Vida berkongsi Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, berdepan masalah untuk masuk ke tandas wanita kerana penampilan tersebut.

Kata Vida, dia beranggapan keadaan itu berpunca daripada dirinya kerana memotong rambut Cik B sehingga pendek memandangkan remaja itu mengalami masalah rambut gugur dan kasar.

"Cik B dah memang burtal. Saya terasa sangat bila orang anggap Cik B sebagai lelaki, sebab saya yang bersalah potong rambut Cik B sampai pendek dan rosak. Saya kisah sangat tentang penampilan Cik B, saya doa siang malam agar dia berubah," ujarnya.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok itu, Vida memaklumkan kejadian tersebut merupakan kali ketiga berlaku pada anaknya di mana pengawal keselamatan keliru dan menghalang Cik B masuk ke tandas wanita.

Klik untuk gambar besar



"Pening kepala jaga (pengawal keselamatan) nak bagi masuk ke tidak," kongsi Vida yang turut memberitahu ketika di tempat kejadian, dia terpaksa menerangkan kepada pengawal berkenaan yang sebenarnya Cik B seorang perempuan.

Sehubungan itu, rata-rata netizen berpendapat penampilan Cik B itu membimbangkan mereka malah berharap agar anak usahawan berkenaan menjadi lebih feminin. Sebelum ini, Cik B memaklumkan rambutnya telah rosak membuatkan dia terpaksa memotongnya menjadi pendek.

"Harap Cik B kembali kepada fitrah, risau tengok penampilan Cik B.

"Kenapa Cik B macam lelaki ini? Patut pakai makeup sikit bagi nampak perempuan.

"DSV tak patut biarkan anak dia menyerupai lelaki. Cik B pakai tudung jelah, nampak lagi comel," antara komen-komen pengguna laman sosial.

















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: