02 November 2022

ISU DITIPU, DUIT KENA SONGLAP 'BANG JAMAL' - BABY SHIMA MOHON MAAF, ITU CUMA GIMIK SINGLE TERBARU



Penyanyi Baby Shima sebelum ini meluahkan rasa bengang apabila mendakwa dia ditipu oleh seorang individu dikenali 'Bang Jamal' dengan nilai puluhan ribu ringgit.


Dalam kenyataan tersebut, Baby Shima memberitahu dia kecewa apabila wang yang sepatutnya dilaburkan untuk menjalankan perniagaan dibawa lari lelaki tersebut.

Peyanyi itu turut menegaskan memberi tempoh 24 jam kepada individu tersebut memulangkan kembali duitnya atau identitinya akan didedahkan jika masih berdegil.

Selepas meluahkan kekesalan dan amarah akibat ditipu, akhirnya Baby Shima mendedahkan 'Bang Jamal' yang didakwa sebagai scammer adalah judul lagu single baharunya. Baby Shima tampil memohon maaf andai ada pihak merasa tertipu.

Baby Shima berpendapat kandungan yang dimuat naik menerusi laman sosial minggu lalu itu hanya sebahagian daripada gimik menghiburkan peminat.

Klik untuk gambar besar



"Bagi yang rasa dirinya ditipu, saya minta maaf. Kalau dikecam menggunakan teknik pemasaran sebegini, saya reda. Saya mempunyai cara tersendiri memberikan hiburan.

"Malah kalau dilihat perkongsian video berhubung Bang Jamal ini, boleh nampak ia bukan 'content' serius. Pengikut yang sudah lama ikuti akaun Shima tahu ada sesuatu benda baharu bakal diumumkan.

"Mungkin penyampaian serta lakonan saya meminta semula wang dipulangkan dalam kadar segera tampak hidup hingga membuatkan sebilangan orang percaya," katanya.

Teknik digunakan penyanyi kontroversi ini nyata menjadi apabila video muzik rasmi lagu ciptaan Zai Hamzah itu di YouTube yang diterbitkan Harry Khalifah itu meraih 115,000 tontonan dalam tempoh sehari dilancarkan.













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: