02 November 2022

SHUK & ISTERI RAI HARI LAHIR ANAK-ANAK BERSAMA - PEMINAT HARAP RUMAH TANGGA KEMBALI PULIH



"Happy birthday princess mama, hanya ini mampu mama buat untuk anak mama, semoga menjadi kenangan terindah untuk Ain & Aimy 🥰💗," tulis isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera pada sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.


Melihat pada video tersebut, ia memaparkan Shuk dan isterinya bersama-sama meraikan ulang tahun kelahiran anak-anak mereka, Nur Qurratu Ain, 6, dan Nur assyifatu Aimi, 3.

Perkongsian terbaharu itu telah mendapat perhatian pengguna laman sosial apabila melihat Shuk dan Sera duduk bersama dalam majlis tersebut.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang membuat spekulasi mengenai hubungan Shuk dan Sera dimana mereka hanya berhubung demi anak-anak kesayangan. Ada pula berharap kemunculan mereka bersama dalam majlis tersebut sebagai petanda hubungan mereka sudah kembali jernih.

Malah, rata-rata pengguna laman sosial turut memuji sikap mereka berdua dan mendoakan agar Shuk dan Sera kembali berbaik sebagai suami isteri.

Klik untuk gambar besar



"Dah tahu dah Sera dan Shuk sudah rujuk. Harap baik-baik sahaja." - "Seronok tengok macam ini. Keluarga bersatu bahagia. Semoga jodoh Sera dan Shuk berpanjangan." - "Happy tengok Sera dan Shuk, semoga kalian bahagia hingga ke jannah," antara komen-komen penugguna laman sosial.

Untuk makluman, Shuk dan isteri sehingga kini masih belum ada kata putus tentang kesudahan hubungan mereka sama ada sudah kembali bersama atau masih tidak tinggal sebumbung selepas rumah tangga mereka dilanda kontroversi sebelum ini.

Sebelum ini, Sera menerusi Instagram pernah memuat naik rakaman kenangan bersama Shuk dan anak-anak semasa menghantar pelawak itu mengerjakan ibadah umrah.

Sera yang berkahwin dengan Shuk pada 2015 sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan penceraian terhadap suaminya itu pada November tahun lalu namun status perkahwinan pasangan itu masih menjadi tanda tanya.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: