23 November 2022

JANGKITAN PARU-PARU - NAD ZAINAL TERPAKSA DITIDURKAN



"Saya sangat terperanjat apabila Nad dikejarkan ke hospital menaiki ambulans malam semalam dan setakat petang tadi, dia masih ditempatkan di ICU serta tidak sedarkan diri, " kongsi pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin.


Tambahnya, Nad terpaksa ditidurkan kerana nak pastikan paru-parunya berada dalam keadaan baik.

Ujarnya lagi, dia tidak dapat nak kongsikan lebih lanjut mengenai keadaannya, sebab dia berada di ICU. Nak melawat Nad pun tak boleh sekarang ini.

"Selain risaukan dia , saya juga bimbangkan anak-anaknya yang kini dijaga oleh pembantu peribadinya," tambahnya dipetik sebagai berkata pada wartawan.

Untuk info, Ungku Ismail iaitu pelakon gandingan Nad dalam drama Cina Buta juga memohon orang ramai mendoakan keadaan ibu tunggal dua anak itu.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: