17 November 2022

KENAL KURANG DUA MINGGU - DA'I SYED BAKAL NIKAH DENGAN HANA ISMAIL TIDAK LAMA LAGI



"Buat masa ini saya terpaksa rahsiakan dulu (tarikh nikah). Namun, saya akan maklumkan kepada semua nanti," kata pendakwah bebas, Da'i Syed yang belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi pernikahannya bersama tunangnya, pengacara TV Al-Hijrah iaitu Hana Ismail dalam waktu terdekat ini.


Menurut Syed, majlis pertunangannya dengan wanita pilihan hatinya itu berlangsung pada 23 Oktober lalu di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, namun baru dikongsikan pelakon Datin Seri Umie Aida di laman Instagram miliknya semalam.

"Perkenalan kami sangat singkat iaitu lebih kurang dua minggu saja. Kami bertemu dalam sebuah majlis ilmu. Sepanjang terbabit dalam majlis ilmu itu kami tidak pernah berbual cuma selalu terserempak tapi entah bagaimana saya mula jatuh cinta dan beritahu kepada kak Umie dan bertanya adakah dia sudah dimiliki.

"Kak Umie beritahu dia masih solo. Jadi, saya pun beritahu kepada ibu saya mengenai perkara ini dan Alhamdulillah ibu merestui untuk saya mendekatinya.

Klik untuk gambar besar



"Ketika sesi taaruf (berkenalan) dengan Hana yang berlangsung selama sejam, kami mula berkenalan. Kemudian Hana meminta tempoh tujuh hari untuk dia membuat keputusan dan selepas itu barulah dia mengajak keluarga saya bertemu keluarganya.

"Salah satu sebab saya izinkan kak Umie untuk berkongsi berita pertunangan saya dan Hana kerana tarikh pernikahan kami sudah semakin hampir," jelasnya.

Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, dalam satu temu bual sebelum ini mendedahkan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga enggan bercerita lanjut mengenai hubungan mereka.

Ketika itu, pendakwah berkenaan hanya memaklumkan majlis itu hanyalah pertemuan keluarga selepas dua minggu berkenalan rapat dengan Hana.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: