17 November 2022

TERSEREMPAK DI AIRPORT - PUTERI SARAH PESAN JAGA DIRI, JANNA NICK MAHU CARI KETENANGAN DI EROPAH



"Boleh pula terjumpa Janna Nick kat airport. Jaga diri sorang-sorang di manamu berada nanti. Love you," tulis pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi Insta Story miliknya.


Dalam hantaran tersebut, Sarah memberitahu dia secara tidak sengaja terserempak dengan pelakon dan penyanyi Janna Nick di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu, selain turut menitipkan pesanan supaya menjaga diri walau dimana pun berada.

Melihat pada perkongsian video itu, Janna yang kelihatan sugul dan memakai kaca mata hitam turut dilihat memeluk Puteri Sarah ketika mereka bertemu.

Sementara itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, sempat mengatakan dia mahu mencari ketenangan di negara Eropah selepas kecoh mengatakan pelakon itu putus cinta.

"Cari ketenangan... cari ketenangan di Eropah okay," kata Janna.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, nama Janna hangat diperkatakan apabila pelakon itu mendedahkan statusnya kini 'single' dalam satu video yang dimuat naik di TikTok. Perkongsian Janna itu sekaligus mencetuskan tanda tanya ramai pihak.

Selain itu, Janna yng menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Dini Schatzmann sejak Jun 2019 itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila memuat naik hantaran seakan-akan memberi gambaran cinta mereka sudah berakhir.

Malah, Janna dikhabarkan tidak lagi mengikuti akaun Instagram kekasihnya serta gambar bersama aktor itu sudah tidak kelihatan. Bagaimanapun, Dini masih lagi mengikuti Janna di Instagram, serta gambar mereka masih ada lagi di Instagram aktor itu.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: