17 November 2022

BILA TOMOK BUKA 'OUTLET' CHATIME YANG KE-3



Menerusi muat naik di laman Instagram baru-baru ini, penyanyi Tomok berkongsi berita gembira dimana dia secara rasmi telah membuka cawangan baru Chatime yang ketiga miliknya yang terletak di Petron Taipan, Setia Alam.


Dalam posting tersebut, Tomok meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi diatas rezekinya untuk membuka cawangan baru itu serta menjemput orang ramai datang.

"New outlet opening.. Alhamdulillah jemput datang tau di petron Setia Alam.. Alhamdulillah terima kasih Allah! #chatime #chatimemalaysia," tulis Tomok.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Tomok itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan Tomok dan isteri serta mendoakan pasangan itu dimurahkan rezeki.

Untuk makluman, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mula menceburi perniagaan francais Chatime pada tahun 2017. Cawangan pertama miliknya ketika itu di AEON Mall Shah Alam. Pada Oktober lalu, Tomok dan isterinya, Ayu membuka satu lagi cawangan Chatime di Setia Alam City Mall.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: