17 November 2022

"WAKTU KOLEJ PUN SAYA PAKAI SEPERTI INI" - ISTERI YONNYBOII HANYA MAHU JADI DIRI SENDIRI



"Saya hanya menjadi diri sendiri... mereka yang kecam itu mungkin tak tahu atau tak kenal siapa saya. Imej saya ini bukan sebab kahwin dengan Yonnyboii. Tapi memang dari dulu, waktu kolej pun saya pakai seperti ini.


"Bagi saya, apa saja saya buat mesti akan nampak salah di mata netizen," ujar isteri kepada Yonnyboii iaitu Nik Nazira yang menafikan dakwaan dia mengalami kejutan budaya selepas berkahwin dengan penyanyi rap itu, selepas baru-baru ini dikatakan makin seksi

Memetik Oh Bulan, Nazira berkata, itu adalah penampilan dirinya sejak dari zaman kolej lagi dan dia lebih selesa menjadi diri sendiri meskipun sedar sering menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.

Kata Nazira lagi, suaminya turut menasihatinya untuk tidak membaca serta mengabaikan komen netizen bagi mengelakkan emosi terganggu.

"Yonny pun minta saya jangan baca komen. Saya pun tak baca dan kehidupan gembira saja. Jadi, biarlah netizen nak kata apa pun. Mereka kutuk, saya dapat pahala," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Nazira turut memohon maaf jika penampilannya itu dianggap terlalu seksi sehingga membuatkan mata orang lain 'sakit'.

"Saya rasa, saya tak pernah kacau orang atau bukannya saya ini jenis suka kecam orang sana sini hanya untuk dapatkan perhatian. Ikutkan selama ini pun saya buat hal sendiri. Tapi tak apa la, saya minta maaf kalau ada netizen lihat imej saya terlalu seksi," tuturnya.

Terdahulu, Nazira dikecam apabila video yang dimuat naik di aplikasi TikTok melakukan trend berjalan seperti model mengikut rentak lagu 'Gaga Dance' menjadi bualan.

Menerusi video itu, Yonny dan Nazira dilihat tampil sedondon mengenakan busana berwarna hitam. Namun, apa yang menjadi perhatian ramai pakai isteri kepada penyanyi rap itu dikatakan mencolok mata.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: