17 November 2022

TARIK DIRI DARIPADA SERTAI SFMM37 - RAMAI SPEKULASI HAFIZ SUIP SEDANG BERDAKWAH IKUT TABLIGH



Penyanyi Hafiz Suip baru-baru ini telah memaklumkan dia menarik diri daripada menyertai Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-37 (SFMM37) pada hujung November ini kerana terikat dengan urusan peribadi yang penting dan tidak dapat dielakkannya.


Keputusan Hafiz itu telah membuatkan peminat sedih apabila hasrat untuk penyanyi itu beraksi di pentas SFMM37 tidak kesampaian.

Susulan keputusan menarik diri itu, timbul spekulasi apabila ada pengguna laman sosial mendakwa Hafiz kini terlibat dalam aktiviti dakwah sehingga membuat keputusan untuk tidak beraksi di pentas SFMM37.

Menerusi ruangan komen di Facebook, ada pengguna laman sosial mendakwa terlihat Hafiz bersama jemaah lain di sekitar Kemaman, Terengganu, untuk berdakwah mengikut jemaah tabligh selama 40 hari.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, rata-rata pengguna laman sosial mendoakan agar urusan penyanyi berusia 32 tahun itu dipermudahkan.

Sementara itu, pengurus penyanyi itu yang dikenali sebagai Am berkata, dia juga agak sukar untuk menghubungi Hafiz ketika ini. Tambah Am, jika ada rezeki lagu itu layak dipilih bertanding di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) nanti, Hafiz mungkin akan ikut serta.

"Saya kirim mesej WhatsApp kepada dia dan setakat ini masih belum dapat balasan lagi. Buat masa sekarang, dia sukar untuk dihubungi. Memang kebetulan pada SFMM37 kali ini, Hafiz tak dapat ikut serta beraksi kerana urusan peribadi yang tidak dapat dielakkannya.

"Dia pun mohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat menyanyikan lagunya yang dicalonkan itu. Cuma, sekarang untuk SFMM37, masa tidak kena," tuturnya.

Hafiz sepatutnya berganding dengan Ernie Zakri untuk menyanyikan lagu duet, 'Berakhir Pencarianku'. Namun, difahamkan ianya digantikan dengan penyanyi Ahmad Syafiq dan Wani Kayrie. 

Sebanyak 30 lagu dipilih berentap di SFMM37 yang bakal berlangsung selama dua hari di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 25 dan 26 November ini jam 3 petang.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: