17 November 2022

KINI BERGELAR DATUK - MAMAT EXIST TIMANG CUCU SULUNG, PEREMPUAN



"Cucu sulung saya itu dilahirkan secara normal dan sangat comel. Namun, saya belum diberitahu namanya," itulah kata penyanyi Exists, Mamat, 44, apabila dia kini bergelar datuk selepas menimang cucu sulung, perempuan yang dilahirkan empat hari lalu.


Bayi itu adalah cahaya mata kepada anak kedua Mamat iaitu Mohd Eiki Daniel, 22. Untuk makluman, Mohd Eiki adalah anak Mamat hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa Kamal pada 2001. Selain Eiki, mereka juga dikurniakan dua lagi anak iaitu Aleeya Mysara dan Dylea Mysara.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin berkata, dia belum berkesempatan melawat cucu dan menantunya buat masa ini.

"Saya tinggal di Johor dan sekarang sibuk dengan persiapan untuk Konsert Resolusi Exists yang akan berlangsung di Zepp KL malam esok. Jadi, belum ada masa nak ziarah mereka yang tinggal di Damansara. Tapi saya sempat jumpa menantu sebelum dia bersalin.

"Tengoklah pada situasi dulu sama ada saya akan pergi melawat selepas selesai konsert atau akan datang semula selepas itu kerana nak balik mengundi," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Mamat yang bercerai dengan Shila pada 2009 itu mengakui hubungan dengan bekas isteri dan anak-anak serta mentuanya kekal baik sehingga sekarang.

"Anak sulung dan bongsu belum berkahwin. Saya pun selalu juga berhubung dengan mereka. Setiap kali datang Kuala Lumpur, saya pasti akan jumpa mereka di rumah mentua.

"Saya bangga kerana dapat gelaran datuk. Kiranya saya makin tua sekarang. Sebenarnya tak pernah terfikir nak dapat cucu pada usia ini. Apapun syukur kerana ini anugerah daripada Allah.

"Ada cucu lebih bermakna kerana dikira ahli keluarga baru. Kehadirannya juga hampir dengan Konsert Exists Resolusi dan Pilihan Raya Umum. Mungkin ini satu tuah untuk saya teruskan karier dalam nyanyian dan bidang lain," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: