17 November 2022

KUMPULAN WINGS TUNAI UMRAH BERSAMA



"🕋 Segala puji bagi Allah atas nikmat yang diberi, semoga Wings peroleh Umrah yang maqbullah, Allahumma Aamin 🤲🏻. Doakan urusan Wings disana dipermudah dan dapat menunaikan ibadah Umrah dengan sempurna."


Itulah tulis pengendali akaun Instagram rasmi Wings dimana ahli kumpulan rock lagenda akan berangkat ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, hari ini.

Kesemua anggota Wings iaitu Awie (vokalis), Eddie (bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata peminat mendoakan agar kumpulan yang terkenal dengan lagu 'Sejati' itu diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

"Semoga dipermudahkan segala urusan pergi dan balik." - "Gembira melihat abang-abang kita ini. Semoga sihat sepanjang di sana. Selamat pergi dan balik. Doakan kami juga sihat dan dapat ke sana," antara komen-komen pengguna laman sosial.

Terdahulu Wings mengumumkan bakal berehat panjang dan akan menyusun semula jadual seni selepas Aidilfitri, tahun hadapan.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: