16 November 2022

DA'I SYED KINI TUNANG PENGACARA TV AL-HIJRAH, HANA ISMAIL



Akhirnya terjawab jua mengenai status pendakwah bebas, Da'i Syed dan pengacara TV Al-Hijarah, Hana Ismail apabila pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan.


Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon Datin Seri Umie Aida menerusi laman Instagram miliknya pada malam Rabu. Dalam muat naik tersebut, Umie Aida berkongsikan kemeriahan majlis pertunangan serta merisik yang diadakan.

"Bismillahirrahmanirrahim... Menghintung hari ke alam tanggungjawab yang lebih focus dan besar. Kunci kebahagiaan sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka.

"Jaga amanah ini sebaiknya @daisyed_ @hanaalmauzah 💝. Semoga adikku berdua dalam lindunganNya dan rahmatNYA Allah SWT. #majlismerisikdanbertunang," tulis Umie Aida yang difahamkan hadir sebagai tetamu pada majlis tersebut.

Klik untuk gambar besar



Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Mohammad Shaifful, 27, menghantar rombongan ke rumah Hana dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

Dalam pada itu, Umie turut berpesan kepada Syed untuk menjaga Hana dan mendoakan mereka berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Pelakon itu turut berkongsi kunci kebahagiaan dan tentang nilai tanggungjawab yang perlu digalas pasangan berkenaan selepas mendirikan rumah tangga nanti.



Terdahulu, tular foto memperlihatkan Da'i Syed dan Hana bersama ibu masing-masing dalam sebuah majlis. Bagaimanapun, Da'i Syed enggan mengulas mengenainya dan hanya memberitahu ia pertemuan dua keluarga untuk mengenali lebih dekat antara satu sama lain.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut tumpang gembira dengan berita yang dikongsikan dan mendoakan urusan persiapan perkahwinan mereka dipermudahkan.

"Tahniah! Muka seiras betul." - "Masya-Allah semoga Allah permudahkan," komen seorang pengikut.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: